Monday, March 26, 2012

aNdAi LeLaKi TaHu..

assalamualaikum....

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.


Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.


Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi.



Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.



Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih menganggap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu .


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan duit atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat dia rasa dihargai.


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu dgn kamu, dia benar-benar maksudkannya.


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata kasar, dia bukan bermaksud utk berkasar, tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikapnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. Perempuan sulit untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.


Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang dapat menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.



♥ SEMOGA BERMANFAAT ♥
Hak cipta adalah milik Allah SWT semata. Hak kita sebagai manusia adalah berlumba-lumba menyebarluaskan kata-kata kebaikan kepada seluruh umat manusia.
Sungguh bahagia insan yang telah menemukan cinta sejatinya.. ibarat tasbih & benang pengikatnya. terajut menjadi satu untaian yang selalu disentuh satu demi satu oleh insan mulia yang bibirnya basah akan cinta kepada tuhanNya

Semoga tulisan sederhana ini bermanfaat bagi Anda. Mohon maaf bila ada kata-kata yang kurang berkenan.

Semoga kita dapat mengambil hikmah dalam setiap kejadian.

Thursday, March 22, 2012

Bersediakah Aku Menjadi Suami ?

assalamualaikum..
semalam aku pulang ke kolej hampir jam 4 pagi..
oleh itu lecture memberi cuti pada hari ini...
bahagie ye hidup...huhu tp betape sensare ye semalam...

so di pagi hari cuti ini..
berlaku ye la sase penjelajahan ke blog2 orang...hehe
terjumpe link ni..
terasa berminat untuk di pamerkan di blog ini..
sebagai peringatan...


Bersediakah Aku Menjadi Suami ?

Wednesday, March 14, 2012

Ketika Allah Mencipta Wanita…

assalammualaikum..

waaa..tjuk nie membuatkan aku rase istimewa je..hehehe
dan tibe2 aku teringat lagu wanita yg dinyanyikan oleh 
Dato Siti Norhaliza kite tu..
yg korus ye berbunyi..


(Korus)
Aku wanita aku kaum hawa
Yang memang rapuh hatinya
Aku wanita aku punya cinta
Selayaknya manusia

(Korus II)
Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati
Belahan jiwaku ini


sebernarya pagi2 nie aku terjumpe article yg dihantar oleh cahayaislam.net kt e-mail aku.
kalau korng nk jgak article2 cmpai kt e-mail korng pon bleh...korng isi je alamat e-mail korng kt tmpat yg kne isi tu..

banyak jugak article yg cahayaislam.net nie dh hntar kt aku tp aku nk share dgan korng article nie...


Ketika Allah Mencipta Wanita…


Friday, March 9, 2012

Pemulaan Baru


Bermulalah semesta dua ku di UiTM Kampus Bandaraya Melaka..

4 Mac 2012..
pagi2 lg dh bertolak ke Melaka...
sempat mkan di BURGER KING..dulu..
Yummy..yummy...

tibe di Melaka...
terpakse mencari jalan untuk menumpang kasih 
di rumah roomate dulu dan sekang..
iaitu cik Rohaiyu Roslan..
thanks dear..
walaupon sempat tersesat..dan terpakse menunggu Ayu 
di sebuah masjid Tamban Paya..
kalau xsilap la tu name nye..hehehe
abang ipar sempat lg amek gambar masjid tu..

inilah hasilye..
cantik kn...:-)

pukul 4 barulah sampi ke rumah ayu setelah 
berjalan di mydin terbesar di melaka..
bersama "kwan lelaki ayu" dan aku
xbershoping pon...sbb dh penat..
xlarat dh..hehe

lepas solat kiteorng pergi rumah nenek ayu..
xjauh pon.. ayu bawak naik motor..
sblom aku naik motor tu aku sempat ckp kt ayu..
"ayu, aku xpenah naik motor dengan orng selain ayah aku..
eemm...aku takut taw nie.."
ayu pon dengan selamber menjawab..
" xde pape la...dekat je.."
kiteong pergi ke rumah nenek ayu sebb 
nk sambut birthday spupu ayu..

5 Mac 2012...
7.30 pg bertolak ke kolej tun mutahir
kiteorng dh pakat2 nk duduk dengan kwan2..
tibe2 ade ajk dtang die bgtaw...
"bilik kiteorng dh tetapkn so tinggal anta borng putih je.."
kiteorng yg mendengar ni..masing2 wat muke hampe dan xpuas hati..

dekat maje pendaftaran pulak..
ajk lain pulak berkate...
"awk kene bayar yuran kt kbm(kampus)
 tingkt 15..bru boleh dpat kunci rumah" 
kiteorang yg degar nie rase benggang lg sekali la..

hish..menyusahkan betul la..
sabar yela..
nasib baik la..kelas aku kol 2.30 ptang..
so sempat la sku berkemas brang selepas 
menyelesaikan hutang piutang dengan pihak kolej...
alhamdulilah..selesai..dengan sempurnanya..

di kelas..
kelas mmg jd riuh gile disebbkan sudah lame tidak berjumpe...
dh mcm reunion..
hahaha
mcm2 dorng kecohkn..
 tinggal kt mane la..pointer brape la..pasal rumah la..lecture la..
mcm2 lg.. dh mcm psar pon ade..hehe
plajar tourism mmg mcm nie..hehe

mase kelas law419..
ari isnin tu lg riuh..
sbb kiteorng kne gabung kelas..
tiga-tiga kelas..dr tourism students..
so korng byangkan la betapa riuh ye kelas tu pada masa tu..
sampai aku jd "skit kepale"...tension aku dibuatnye..
OMG..!!
nie baru first class blom hari yg berikut2 ye..

balik tu aku buat rutin2 yg slalu aku buat sblom tido..
n its time to...

sLeePiNg.....ZzZZzzz.....

hope THIS SEMESTER become more excited ,enjoyable n more easy to get the better pointer..
so i must to study harder n more harder..don't give up..n most important
not forget my responsible toward HIM...
i want through my life with STRONGER spirit...