Assalamualaikum,
Kehadapan bakal suamiku yang aku sayang,
Jangan dibimbangkan tentag cinta ini,
kerana diriku akan mncintaimu dengan penuh kasih sayang,
kerana diriku percaya bahawa Allah itu mnciptakan yang terbaik untukku...
Diriku juga akan menerima segala kekurangan dan kelebihan dirimu,
dan kuharapkan bahawa dikau pun begitu dapat menerimaku seadanya....
Syg, diriku tahu bahawa dirimu seorang yg kacak, romantik,
dan dapat membimbingku menuju ke jalan yang di redhai oleh Allah..
InsyaAllah...Aminn...
Bakal Suamiku,
Diriku tahu dirimu mmpunyai ramai peminat.... hehehe....
tapi jangan dirimu bimbang kerana diriku percaya semua ketentuan Allah ada hikmahnya...
sebagaimana nabi Yusuf.... walaupun ramai yang meminatinya kerana kekacakan, dan kecerdikan yang dimilikinya namun cinta Zulaikha tetap untuk Yusuf.....
diriku akan tetap setia disisimu
walau apapun dugaan yang melanda kehidupan rumahtangga kita...
kerana selayaknya seorang isteri adalah disisi seorang suami....
insya Allah..
Bakal suamiku,
Tidak kuharapkan kemewahan menghiasi hidupku, yang kuimpikan adalah kesederhanaan dalam hidup,
dan keredhaan dari yang Maha Esa...
sayang, diriku tidak sehebat Siti Hajar dan setianya Zulaikha, banyak kkurangan yg wujud dalam diri ini,
kuharapkan dirimu sanggup bersama denganku dan menerima segala kekuranganku...
bukan kah suami isteri itu diciptakan untuk saling melengkapi...
so dirimu melengkapkan diriku, diriku melengkapkan dirimu...
kan sweet tu..=)
Bakal Suamiku,
Diriku akan cuba sedaya upayaku untuk mnjadi isteri yang solehah untukmu,
Diriku akan menjadi penyejuk matamu, penawar hatimu, menjadi isterimu, sahabatmu,
dan membantumu di setiap permasalahan yang dihadapi olehmu....
diriku juga akan menghiburkanmu dikalamu kesunyian,
menghntar kedamaian ke dalam segenap hatimu....
kuharapkan dirimu sudi berkongsi segalanya denganku....
semoga kasih sayang kita akan mendapat redha dari Illahi...
insya Allah....Aminn...
Bakal Suamiku,
Kuharapkan dirimu sudi membantuku dalam kerja-kerja seharian dirumah,
diriku mengaku tidak berapa "terror" dalam bab memasak tetapi diriku akan berusaha untuk memperbaiki diriku dari masa ke semasa demi masa depan rumahtangga kita..
sama-sama kita aturkan kehidupan kita dan bina keluarga bahagia....
insya Allah....Aminn...
Sekiranya nanti ada permasalahan antara kita,
saya harapkan kita akan dapat berbincang dari hati ke hati....
kita selesaikan permasalahan tanpa ada campur tangan orang lain...
jangan la selalu mendiamkan sahaja masalah...
berkongsi maslah dapat mngurangkan skit hati...
sekurang2nya hilang sikit rasa skit ati tu....
dan insya Allah...saya akan membantu menyelesaikan permasalahan itu dengan sebaik-baiknya...
Akhirkata,
Salam sayang untuk Bakal Suamiku, Smoga kita cepat dipertemukan Jodoh,
dan di Ijabkabulkan.... Aminn......
Yang menantimu,
Bakal Isterimu