Sunday, September 23, 2012

Kedatangan Malaikat Jibrail

assalammualaikum....

hari ini masa untuk belajar Hubungan Etnik...rasa best belajar subjek ini dengan ustaz Nasif...suka dengar dia bercerita ataupun kata-kata yang keluar dari mulut dia... cara dia berkata-kata tu macam lawak tapi penuh dengan makna yang tersirat...

sebelum dia mulakan pembelajaran bab satu subjek ini dia bercerita pasal...."APA ITU ISLAM, IMAN DAN IHSAN/AKHLAK...



Dia memulakan cerita dengan bertanyakan soalan kepada kelas "apa dia iman???... ada sesiapa dalam kelas ni nama dia Iman..." selepas mendapat jawapan dari rakan sekelas yang bernama Iman itu..ustaz terus memulakan ceritanya...


Pada zaman Rasullulah datang seorang lelaki berpakaian sangat putih dan berseri jubah yang dipakainya... dan berambut sangat hitam...(ustaz siap kata rambut hitam ni paling bagus tapi dekat negara kita ni orang lebih suka mewarnakan rambut..ikut warna kegemaran, biru la, hijau la, merah la...) yang pelik tentang lelaki berjumpa dengan Rasullulah ni rupa parasnya tidak seperti orng tempatan, dan jika lelaki itu datang dari jauh..mengapa tiada tanda-tanda yang lelaki itu datang dari jauh..seperti baju yang dipakai akan kotor ataupun membawa bekalan makanan...

lelaki itu datang bergitu hampir dengan Rasullulah sehingga lutut bertemu lutut...lelaki tersebut kemudiannya meletakan tangannya diatas riba Rasullulah lalu bertanya berberapa soalan kepada Rasullulah...

lelaki tersebut : wahai Rasullulah ceitakan kepada ku apa itu "IMAN"..??
Rasullulah : Rasullulah pun menjawab persoalan itu dengan memberitahu keenam-enam "RUKUN IMAN"
 iaitu : 


(1) Beriman kepada ALLAH SWT
(2) Beriman kepada Malaikat-malaikat
(3) Beriman kepada Kitab-kitab
(4) Beriman kepada Rasul-rasul
(5) Beriman kepada Hari Kiamat
(6) Beriman kepada Qada dan Qadar


lelaki tersebut : betul jawapan mu itu....

lelaki tersebut bertanyakan lagi soalan kepada Rasullulah....

lelaki tersebut : wahai  Rasullulah, ceritakan pula kepadaku apa itu "ISLAM"..??
Rasullulah :  Rasullulah menjawab pula soalan tersebut dengan menberitahu kelima-lima "RUKUN ISLAM"
iaitu :

(1) Mengucap dua kalimah syahadat
(2) Sembahyang lima waktu
(3) Berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan
(4) Menunaikan haji ke Baitullah (Mekah)
(5) Menunaikan zakat

lelaki tersebut : betul jawapan mu itu....

maka, sekali lagi lelaki tersebut bertanyakan soalan yang berbunyi....

lelaki tersebut : wahai Rasullulah, terangkan pula kepadaku apa itu "IHSAN"...??
Rasullulah : Rasullulah menjawab dengan berkata " melakukan amal ibadah seolah-olah Allah melihat apa yang kita lakukan..."

lelaki tersebut tidak menjawab lalu terus bertanya soalan lain kepada Rasullulah...

lelaki tersebut : terangkan kepadaku pula tentang "HARI KIAMAT"..??
Rasullulah : saya, tidak tahu... bahkan mungkin saudara lebih mengetahui jawapan tersebut...

lelaki tersebut : kalau bergitu terangkan kepaku "TANDA-TANDA HARI KIAMAT" tersebut...
Rasullulah :
  
(1) Manusia akan berlumba-lumba membina bangunan tinggi-tinggi
(2) Pengembala kambing menjadi kaya
(3) Hamba melahirkan tuannya
(ustaz terangkan yang hamba melarikan tuannya tu... dalam erti kata lain... anak-anak yang mengarahkan ibu bapa mereka... something like kurang ajar dengan ibu bapa dorang la...)

lelaki tersebut terus berlalu selepas mendapat jawapan dri Rasullulah....


selepas pemergian lelaki tersebut... Rasullulah bertanya kepada sahabat-sahabat Rasullulah yang berada bersama Rasullulah ketika itu...

Rasullulah : sahabat-sahabat tahu siapakah lelaki tersebut??
para sahabat Rasullulah tidak dapat menjawab pertanyaan Rasullulah...
oleh itu, Rasullulah menjawab lelaki yang datang itu tadi adalah Malaikat Jibrail..

malaikat Jibrail datang kepada Rasullulah untuk mengajar Rasullulah apakah itu ISLAM supaya dapat disampaikan kepada seluruh umatnya...

(ustaz ada kata apa yang saya ceritakan ini ada dalam Hadis Bukhri dan Hadis Sahih)


*perkongsian ini adalah salah satu cara untuk saya mengingati apa yang ustaz Nasif Sidquee saya sampaikan dalam kelas  Hubungan Etnik (CTU 553) dan juga sebagai pengajaran kepada saya dan semua.. assalamualaikum....

Monday, September 17, 2012

CiNtA aNtArA KiTa

Cinta Antara Kita




Sejak dari dulu ku mencintaimu

Kau tahu begitu namun kau berpura
Ku masih teringat kau peluk diriku
Yang telah membuatku mencintaimu

Sudah berapa lama
Diriku ini tak bertemu mu
Mungkin ku harap jua kau merinduku
Sebagaimana ku rindumu

Cinta antara kita tiada penghalangnya
Walau akhir usia ku menyinta dirimu
Ku hanya menunggumu bila tak kau cintaku
Ku kan berjanji menyintamu sayang

Sudah berapa lama
Diriku ini tak bertemu mu
Mungkin ku harap jua kau merinduku
Sebagaimana ku rindumu

Cinta antara kita tiada penghalangnya
Walau akhir usia ku menyinta dirimu
Ku hanya menunggumu bila tak kau cintaku
Ku kan berjanji mencintaimu sayang

Ku kan berjanji mencintaimu sayang






*memang minat betul dengan lagu nie....
kalau boleh caller ringtone... 
Messages ringtone pun nak pkai lagu nie... 
tapi baru-baru nie dah tukar ringtone atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan...

Sunday, September 9, 2012

permulaan baru II




selesailah sudah cuti semester kedua yang selama hampir 2 bulan...
maka...

bermulalah kembali kehidupan bergelar sebagai seorang mahasiswa di bumi Melaka...
dalam jurusan Hotel & Pengurusan Pelancongan (Kepujian) Sepenuh Masa
untuk Semester ketiga...

6 SEPT 2012

Bersalam dengan abah sebelum dia pergi kerja..
abah pesan..
"belajar rajin-rajin kak"
*ingat tu Syura...

bertolak dari JB pada pukul 11pagi menaiki bas KKKL...
sepanjang perjalanan ke Melaka, driver bas tu dendangkan lagu tamil je...
*tension woi...dah la tak faham..
tapi tak apalah asal die drive sampai Melaka dah la..

dalam pukul 2 lebih selamatlah menjejakkan kaki di bumi Melaka...
Melaka Bandaraya Bersejarah...
sampai dekat Melaka Central...naik teksi pergi Kolej Tun Mutahir(TMU)...
mahal betul tambang teksi kat Melaka nie...
tambang teksi ke TMU RM 15...
*lain kali tak nak naik teksi lagi...

sampai je TMU Kak Ninie dengan Kak Wani nak kluar makan...
so, just pesan je kat die beli Nasi Goreng Kampung...
lepas Magrib, mase dibazirkan dengan menonton cerita "AZURA" secara online...
almaklumlah duduk kat kolej ada wifi...laju je mase tu...hehe
pastu, kiteorang just lepak...berbual-bual dengan Kak Wani...
berbual macam kiteorang dah kenal lama...hehehe

7 SEPT 2012

hariku dimulakan dengan solat subuh...
lepas solat subuh..bersiap-siap untuk mendaftarkan diri di
Apartment Yayasan Melaka...
tp pukul 10 baru kiteorang dapat bilik...
blok B aras 8-1(A)...
siap je menguruskan pendaftaran diri dan roomates yang lain...
bermulalah sesi mengemas bilik...
penat jgak la... macam pindah rumah btol..hehe
lunch dibiarkan berlalu macam tu sahaja...

tempat tinggal untuk semester ini..

selesai menunaikan solat Zuhor,
bersama Kak Ninie membeli makanan
balik bilik kemas lagi sikit barang-barang pastu kiteorang tidur kepenatan...
sampai Kak Wani datang bilik pun kiteorang tak sedar...
kesian kat Kak Wani...kena datang balik bilik kiteorang malam tu...
malam ni, semue tdo awal..tidur kepenatan..hahaha

good night...



8 SEPT 2012
seperti biasa hariku dimulakan dengan solat subuh...
lepas solat subuh... bersiap-siap untuk pergi berSHOPPING dgan Kak Ninie...
kiteorang naik bas pergi ke Melaka Central..
Kak Ninie beli brang sikit pastu kiteorang naik bas lagi sekali pergi ke
Dataran Pahlawan..

SHOPPING TIME...!!!

sebelum zuhor kiteorang dah balik dah...
sempat beli makanan untuk dibawa balik...
tak lupa juga makanan untuk Kak Killa yang berada dibilik...
petang ini, semua tidur bagi memenuhi masa yang terluang...
orang pertama yang tidur pada petang tu adalah saya...hahaha
 yang telah mempengaruhi mereka(actually, tidur sebab kepala sakit sangat)...hahaha
*terasa macam asyik tidur je sejak duduk kat apartment nie...

malam ni pun sama, dalam pukul 10 lebih lepaskan isyak
pastu apa lagi tidur lagi....
time to "SLEEP"...
tapi kali nie Kak Ninie dgan Kak Killa tak join tidur sama...
Kak Ninie tgok movie "SEKALI LAGI"
dan Kak Killa beronline....
*terbukti Syura asyik tidur je..hahaha


time for sleep...good night again...


9 SEPT 2012

as usually my life begin with solat subuh...
tapi hari ni tak ada plan nak buat apa so....
sambung tidur...
*you can see Syura ni tidur lagi...hahaha

tapi tidur tak lama....pukul 9 bangun dan siap-siap dan menunaikan solat Dhuha...
dan mengadap lappy yang tersayang....
untuk mengupdate blog...
tp banyak kali tergendala...
pertama,
sebab Ayu datang rumah nak pinjam
 alatan baldi,gayung,getah paip,sabun untuk basuh rumah die...
blok sebelah je... blok C 5-7(C)....
sebab kedua,
 tgah hari tu lepas Zuhor Ayu bwa kiteorang pergi beraya rumah Nad,
classmates die tapi kiteorang kenal...
Nad nie pun dulu roomates Kak Killa...
tak sangka still available dapat duit raya dari mak Nad...hehehe

tak sangka...dpat duit raya..hehe

lepas beraya, kiteorang pergi Melaka Central untuk mengisi perut...
dalam pukul 3 baru kiteorang sampai kat Apartment ni semula....
lagi satu sebab...
aktiviti mengupdate blog ni tergendala...
dengan adanya gangguan oleh Ain...
Ain minta tolong angkat barang-brang yang dia tumpang kt rumah nie...
ke rumah die..
tak jauh pun bilik dia blok sebelah je..
blok A 5-3(A)

malam ni, menjalankan aktiviti mengupdate blog...mengosok baju kurung...
dan mengemas untuk hari esok..
sehingga la masa untuk tidur...
tidur lagi...malam nie tidur awal sebab...
bersemangat nak pergi kelas esok hari...
hehehe

see you tomorrow.... my lovely lecture...