assalammualaikum....
hari ini masa untuk belajar Hubungan Etnik...rasa best belajar subjek ini dengan ustaz Nasif...suka dengar dia bercerita ataupun kata-kata yang keluar dari mulut dia... cara dia berkata-kata tu macam lawak tapi penuh dengan makna yang tersirat...
sebelum dia mulakan pembelajaran bab satu subjek ini dia bercerita pasal...."APA ITU ISLAM, IMAN DAN IHSAN/AKHLAK...
Dia memulakan cerita dengan bertanyakan soalan kepada kelas "apa dia iman???... ada sesiapa dalam kelas ni nama dia Iman..." selepas mendapat jawapan dari rakan sekelas yang bernama Iman itu..ustaz terus memulakan ceritanya...
Pada zaman Rasullulah datang seorang lelaki berpakaian sangat putih dan berseri jubah yang dipakainya... dan berambut sangat hitam...(ustaz siap kata rambut hitam ni paling bagus tapi dekat negara kita ni orang lebih suka mewarnakan rambut..ikut warna kegemaran, biru la, hijau la, merah la...) yang pelik tentang lelaki berjumpa dengan Rasullulah ni rupa parasnya tidak seperti orng tempatan, dan jika lelaki itu datang dari jauh..mengapa tiada tanda-tanda yang lelaki itu datang dari jauh..seperti baju yang dipakai akan kotor ataupun membawa bekalan makanan...
lelaki itu datang bergitu hampir dengan Rasullulah sehingga lutut bertemu lutut...lelaki tersebut kemudiannya meletakan tangannya diatas riba Rasullulah lalu bertanya berberapa soalan kepada Rasullulah...
lelaki tersebut : wahai Rasullulah ceitakan kepada ku apa itu "IMAN"..??
Rasullulah : Rasullulah pun menjawab persoalan itu dengan memberitahu keenam-enam "RUKUN IMAN"
iaitu :
(1) Beriman kepada ALLAH SWT
(2) Beriman kepada Malaikat-malaikat
(3) Beriman kepada Kitab-kitab
(4) Beriman kepada Rasul-rasul
(5) Beriman kepada Hari Kiamat
(6) Beriman kepada Qada dan Qadar
lelaki tersebut : betul jawapan mu itu....
lelaki tersebut bertanyakan lagi soalan kepada Rasullulah....
lelaki tersebut : wahai Rasullulah, ceritakan pula kepadaku apa itu "ISLAM"..??
Rasullulah : Rasullulah menjawab pula soalan tersebut dengan menberitahu kelima-lima "RUKUN ISLAM"
iaitu :
(1) Mengucap dua kalimah syahadat
(2) Sembahyang lima waktu
(3) Berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan
(4) Menunaikan haji ke Baitullah (Mekah)
(5) Menunaikan zakat
lelaki tersebut : betul jawapan mu itu....
maka, sekali lagi lelaki tersebut bertanyakan soalan yang berbunyi....
lelaki tersebut : wahai Rasullulah, terangkan pula kepadaku apa itu "IHSAN"...??
Rasullulah : Rasullulah menjawab dengan berkata " melakukan amal ibadah seolah-olah Allah melihat apa yang kita lakukan..."
lelaki tersebut tidak menjawab lalu terus bertanya soalan lain kepada Rasullulah...
lelaki tersebut : terangkan kepadaku pula tentang "HARI KIAMAT"..??
Rasullulah : saya, tidak tahu... bahkan mungkin saudara lebih mengetahui jawapan tersebut...
lelaki tersebut : kalau bergitu terangkan kepaku "TANDA-TANDA HARI KIAMAT" tersebut...
Rasullulah :
(1) Manusia akan berlumba-lumba membina bangunan tinggi-tinggi
(2) Pengembala kambing menjadi kaya
(3) Hamba melahirkan tuannya
(ustaz terangkan yang hamba melarikan tuannya tu... dalam erti kata lain... anak-anak yang mengarahkan ibu bapa mereka... something like kurang ajar dengan ibu bapa dorang la...)
lelaki tersebut terus berlalu selepas mendapat jawapan dri Rasullulah....
selepas pemergian lelaki tersebut... Rasullulah bertanya kepada sahabat-sahabat Rasullulah yang berada bersama Rasullulah ketika itu...
Rasullulah : sahabat-sahabat tahu siapakah lelaki tersebut??
para sahabat Rasullulah tidak dapat menjawab pertanyaan Rasullulah...
oleh itu, Rasullulah menjawab lelaki yang datang itu tadi adalah Malaikat Jibrail..
malaikat Jibrail datang kepada Rasullulah untuk mengajar Rasullulah apakah itu ISLAM supaya dapat disampaikan kepada seluruh umatnya...
(ustaz ada kata apa yang saya ceritakan ini ada dalam Hadis Bukhri dan Hadis Sahih)
*perkongsian ini adalah salah satu cara untuk saya mengingati apa yang ustaz Nasif Sidquee saya sampaikan dalam kelas Hubungan Etnik (CTU 553) dan juga sebagai pengajaran kepada saya dan semua.. assalamualaikum....
No comments:
Post a Comment