Wednesday, January 9, 2013

kekuatan diri




assalamualaikum....

hari ni nak kongsi cara-cara untuk  menambah kekuatan dalam diri ketika berhadapan dengan ujian dari ALLAH…


1) Amalkanlah membaca surah Al-Rahmandari awal ayat hingga akhir setiap kali selepas solat Magrib tapi saya amalkan selepas solat Zuhor (jika perksempatan In Shaa ALLAH). Lagi bagus kalu kita tahu makna setiap ayat yang kita baca tu.. In Shaa ALLAH, haati kita akan lebih tenang dan tenterammalah terus kuatdan tabah meneruskan kehidupan kerana dalam hati anda yakin, ada rahsia dan hikmah disebalik segala ujian yang anda terima itu..

2) Amalkan membaca doa Al-Mathurat atau himpunan doa-doa Rasulullah selepas waktu Subuh atau Asar. Paling tidak pun sekali dalam sehari bagi saya senang bagi saya untuk melakukanya pada waktu lepas solat Asar. In Shaa ALLAH, segala doa yang ada itu akan membantu kita menjalani kehidupan harian.

ANTARA FADILAT ATAU KEISTIMEWAAN AL-MATHURAT YANG SAYA DAPAT KONGIKAN IALAH:

1. Tidak dihampiri syaitan 


2. Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini dan yang mendatangkan mudarat ke atasnya seperti syirik, bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun. 

3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat. 

4. Jika orang yang membacanya meninggal pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga dan Allah berhak untuk meredhainya. 

5. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya. . 

6. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang. 

7. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat. 

8. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh allah hingga ke waktu petang.Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi. 

9.Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.



3) Sentiasalah berdoa mohon yang terbaik untuk kita daripada ALLAH SWT. Adakalanya kadang kala kita tersalah memohon kepada ALLAH sedangkan permintaan kita itu bukan yang terbaik untuk kita dalam meneruskan kehidupan didunia ini. telah lama dikabulkan oleh ALLAH SWT. Sesungguhnya kita tidak akan pernah tahu dan tiada siapa juga yang akan tahu maka, seharusnya kita sentiasa berdoa memehon yang terbaik daripada ALLAH SWT.

In Shaa ALLAH terakan terasa perubahananya...selamat mencuba..dan beritsiqamah..


No comments:

Post a Comment