assalammualaikum....
untuk kelas CTU pada hari ini
as usual ustaz Nasif mulakan dengan bercerita...
bertajuk "sebab-sebab Nabi terakhir dari orang Arab"
antara sebab-sebabnya ialah....
1) persekitaran Semenanjung Tanah Arab itu sendiri...
walaupun pada masa tu banyak tamadun yang lebih maju dan berjaya seperti Tamadun Rome, Tamadun Greek, Tamadun Parsi dan Tamadun India tapi Allah SWT pilih Nabi dikalangan orang Arab. Hal ini kerana, pada masa itu, tamadun-tamadun tersebut mencapai kejayaan dengan cara yang tidak baik.
Tamadun Rome misalnya mengunakan cara menjajah negara-negara lain untuk mendapatkan kekayaan dan kekuasaan sehingga sanggup berperang dan sebagainya.
Tamadun Greek pula, pada masa itu merupakan mempunyai kepercayaan yang sangat kuatt berkaitan ketahyulan, mempercayai tilikan masib dan sebagainya.
Tamadun Parsi, pada masa itu merupakan penyembah api. Mereka mempercayai bahawa api itu adalah Tuhan mereka.
manakala, Tamadun India pula pada masa itu sangat teruk dimana mempercayai bahawa raja sangat berkuasa dan menganggap wanita sebagai barang dagangan dan sebagainya.
Tamadun Arab pula, tidak mempunyai sebarang kepercayaan tetapi mengamalkan budaya Jahilliah seperti meminum arak, berbunuh-bunuhan, memakan riba' dan sebagainya.
tidak mempunyai kepercayaan merupakan sebab mengapa Nabi terakhir berasal dari orang Arab. ini kerana budaya Jahilliah yang orang Arab lakukan dulu masih boleh diperbaiki berbanding dengan tamadun-tamadun yang lain yang mempunyai kepercayaan kepada api, nenek moyang mereka, tahyul yang sukar untuk dikikis dalam diri mereka.
2) Orang Arab buta huruf (ummi)
Dia lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan ang nyata.
orang Arab buta huruf oleh itu tiada sesiapa yang boleh mendakwa bahawa Nabi Muhammad mereka, mencipta, menulis semua wahyu dan Al- Quran.
3) Semenanjung Tanah Arab terdapat Rumah Ibadat pertama iaitu Masjid Quba dan Ka'bah.
Masjid Quba dibangun pada hari Isnin, 8 Rabiul Awwal atau 23 September 622 Masihi. Nabi dalam perjalanan hijrah dari Makkah menuju Madinah. Dalam perjalanan hijrah, Nabi yang tiba di perkampungan Quba tinggal selama empat hari bersama Bani Amru bin Auf di rumah Kalthum bin Al Hadm.
4) keistimewaan bangsa Arab
untuk sebab ini ustaz cuma cakap kalau berpeluang belajar bahasa Arab, belajar la...
pada pandangan sendiri, ustaz nak cakap yang bahasa Arab tu indah susunannya, tidak terlampau kasar dan bahasa Arab juga digunakan dalam penulisan Al-Quran..
lagisatu, mungkin sebab bangsa Arab ni kebanyakkannya kan gagah perkasa.
*perkongsian ini adalah salah satu cara untuk saya mengingati apa yang ustaz Nasif Sidquee saya sampaikan dalam kelas Hubungan Etnik (CTU 553) dan juga sebagai pengajaran kepada saya dan semua.. assalamualaikum....
No comments:
Post a Comment